25 Days of Christmas

25 Days of Christmas ("25 Hari Krismas") ialah musim siaran rancangan tahunan bagi Krismas sepanjang bulan Disember yang diaturkan oleh rangkaian kabel Amerika Syarikat Freeform. Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 1996, dan kekal sebagai acara tetap tahunan bagi saluran itu melalui pelbagai jelmaan, termasuk The Family Channel, Fox Family, ABC Family, dan Freeform. Jenama ini meliputi siaran bagi tayangan khas percutian klasik serta filem-filem televisyen bertemakan Krismas baharu pada setiap tahun; umumnya sesetengah tayangan khas siri asli rangkaian berkenaan disiarkan semasa tempoh masa ini, selain episod-episod bertemakan Krismas. Pada tahun @006, aturan acara juga telah menyertakan siaran filem umum dan filem keluarga yang haknya dipegang oleh Freeform, termasuklah filem-filem Harry Potter sehingga Januari 2018, dan filem-filem lain Walt Disney Studios Motion Pictures. Pada tahun 2007, blok rancangan ini dipanjangkan ke bulan November dengan blok Countdown to 25 Days of Christmas ("Kira Detik ke 25 Hari Krismas"). Rancangan 25 Days of Christmas kerap menarik kenaikan besar dari segi angka penonton untuk Freeform. Siaran-siaran filem berprofil tinggi kerap menarik seramai 3–4 juta orang penonton atau lebih. Pada November 2017, Disney Channel, Disney XD, Disney Junior, dan ABC menyiarkan rancangan percutian sepanjang Hari Krismas. Walau bagaimanapun, belum ada kepastian sama ada 25 Days of Christmas akan diperpanjang ke FX, ke FXX dan ke FXM sejak The Walt Disney Company memperoleh kebanyakan daripada 21st Century Fox.[1]Untuk kebanyakan waktu siaran blok ini, empat belas tayangan khas daripada perpustakaan Rankin/Bass Productions bagi tayangan khas Krismas (tidak termasuk tayangan-tayangan khas asli Rudolph the Red-Nosed Reindeer dan Frosty the Snowman, kedua-duanya telah disiarkan di CBS sejak tahun 1972 dan sejak tahun 1969 masing-masing) menjadi tumpuan utama bagi 25 Days of Christmas. Freeform kehilangan hak terhadap dua belas tayangan khas tersebut (termasuk The Year Without a Santa Claus) kepada AMC pada tahun 2018 untuk menjadi kepentingan bagi blok saingan Best Christmas Ever; Freeform masih menyiarkan Santa Claus is Comin' to Town dan The Little Drummer Boy.[2] Pada Mei 2019, Freeform mengumumkan bahawa pihak mereka telah memperoleh hak penyiaran semula kabel untuk tayangan-tayangan khas Rudolph dan Frosty, lalu menyatukan semula empat rancangan Rankin/Bass sebelum tahun 1974 dalam rangkaian sama.[3] CBS akan terus mengadakan hak penyiaran semula siaran percuma untuk kedua-dua tayangan khas itu.[4]

25 Days of Christmas

Bahasa Inggeris
Negara asal Amerika Syarikat
Rangkaian The Family Channel (1996–1997)
Fox Family (1998–2000)
ABC Family (2001–2015)
Freeform (2016–kini)
Disney Channel (2017–kini)
Disney XD (2017–kini)
Disney Junior (2017–kini)
ABC (2017–kini)
Laman web rasmi Tapak web rasmi
Format Filem-filem dan rancangan berdasarkan Krismas, bersama dengan sesetengah filem bukan musiman
Dahulu dikenali sebagai The Family Channel's 25 Days of Christmas (1996-1997)
Fox Family's 25 Days of Christmas (1998–2000)
ABC Family's 25 Days of Christmas (2001–2015)
Tempoh masa Siang dan malam, setiap tahunan dari 1 Disember hingga 25 Disember
Saluran 1 Disember 1996; 23 tahun yang lalu (1996-12-01)

Rujukan

WikiPedia: 25 Days of Christmas http://www.abcfamilymedianet.com/docs/2008/05/ABCF... http://www.abcfamilymedianet.com/schedulegrid/sch_... http://www.broadcastingcable.com/article/100943-Ca... http://www.broadcastingcable.com/news/programming/... http://chipandco.com/freeform-announces-exciting-c... http://deadline.com/2016/08/comcast-nbcuniversal-d... http://www.ew.com/article/2016/10/27/freeform-25-d... http://abcfamily.go.com/abcfamily/path/section_Mov... http://abcfamily.go.com/specials/25-days-christmas... http://abcfamily.go.com/specials/25-days-christmas...